Sanggup bedah muka, ingin kelihatan seperti Angelina Jolie - Utusan Malaysia

Sanggup bedah muka, ingin kelihatan seperti Angelina Jolie

SARA HOLDA sanggup melakukan pembedahan plastik demi kelihatan seperti Angelina Jolie. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang ahli bina badan yang terlalu obses mengubah wajahnya untuk bertaring, sedang mempertimbangkan untuk melalui prosedur pembedahan kecantikan bagi kelihatan seperti Angelina Jolie dalam filem Maleficent.

Lapor Mirror, Sara Holda, 34, ingin menjadi seperti pontianak sebenar dengan membelanjakan AS$400 (RM1,614) bagi menambah taring sebagai hadiah Hari Krismas pada 2019 sebelum memperuntukkan AS$100 (RM403) bagi membesarkan lagi taring itu tahun lalu.

Sara yang berasal dari Nashville, Tennesee, Amerika Syarikat (AS), turut melakukan suntikan botox di dahi dan pipinya untuk kelihatan lebih muda enam tahun lalu.

“Saya berada di treadmill di gimnasium pada 2010 dan melihat seorang lelaki mengangkat berat. Mereka kelihatan gembira sekali.

“Jadi saya bertanya kepada mereka sekiranya boleh mengajar saya melakukannya. Selepas melihat perubahan badan dalam sebulan, dari payudara menjadi ketulan otot, ia sangat ketagih,” katanya.

Dia turut mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan plastik supaya payu daranya menjadi lebih besar dan memiliki tulang pipi lebih ekstrem.

“Saya mahu pipi lebih berstruktur seperti Angelina Jolie dalam Maleficent, dia kelihatan sangat cantik,” katanya.

Dia sering memuat naik gambar dalam Instagram yang mempunyai seramai 50,000 pengikut sebelum digodam pada 2016.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya