MOSCOW: Rusia meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 ketiga, CoviVac yang dihasilkan oleh Pusat Chumakov bagi kegunaan domestik.
Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin berkata, negara itu sudah meluluskan dua vaksin Covid-19 termasuk suntikan Sputnik V yang dibangunkan oleh Institut Gamaleya Moscow.
Kelulusan awal itu meningkatkan keprihatinan beberapa saintis di Barat, tetapi suntikan dua dos pertama bermula dalam skala besar di Rusia selepas keputusan menunjukkan hasil yang berjaya.
Sputnik V diluluskan pada Ogos dan percubaan peringkat akhir bermula September lalu.
Program vaksinasi besar-besaran dilancarkan Disember lalu, selepas keputusan percubaan awal menunjukkan vaksin itu berkesan sebanyak 91.4 peratus.
Menteri Kesihatan, Mikhail Murashko berkata, sejak itu lebih 2 juta rakyat Rusia divaksinkan dengan menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada Sputnik V.
Pelancaran vaksin kedua yang dibangunkan oleh Institut Vektor di Novosibirsk pula sudah bermula.
“Hari ini, hanya Rusia sudah mempunyai vaksin ketiga bagi membendung penularan Covid-19,” kata Mishustin. -REUTERS