Rumah paling sempit dijual RM5.3 juta - Utusan Malaysia

Rumah paling sempit dijual RM5.3 juta

RUMAH yang dicat warna biru gelap ini disifatkan sebagai kediaman paling sempit di London dan bakal dijual pada harga 950,000 pound. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah rumah yang dinobatkan sebagai kediaman paling sempit di London bakal dijual dengan harga 950,000 pound (RM5.3 juta).

Rumah setinggi lima tingkat itu merupakan sebuah kedai menjual topi sebelum ini dan dibina pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.

Penolong Pengarah Jualan di syarikat hartanah Winkworth, David Myers berkata, rumah unik itu mempunyai nilai harga pasaran yang tinggi kerana ia sebahagian daripada sejarah London.

Katanya, dimensi saiz setiap tingkat rumah tersebut adalah berbeza dengan bahagian dapur di tingkat paling bawah merupakan ruang paling sempit.

“Tiada rumah di London berukuran 1.7 meter dan setiap ruang rumah ini mempunyai nilai estetika tersendiri.

“Rumah ini sesuai didiami oleh pasangan muda atau individu yang sukakan keunikan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya