Risiko kena Covid-19 rendah bila sentuh ATM, pam minyak - Utusan Malaysia

Risiko kena Covid-19 rendah bila sentuh ATM, pam minyak

RISIKO untuk dijangkiti Covid-19 kerana menyentuh permukaan objek seperti mesin ATM adalah rendah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASSACHUSSETS: Risiko untuk terkena jangkitan Covid-19 kerana sering menyentuh permukaan seperti mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan pam minyak adalah rendah.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di bandar raya Boston oleh Universiti Tufts, para saintis melakukan ujian swab terhadap ratusan pemegang pintu di pasar raya, peti surat dan penutup tong sampah antara April hingga Jun tahun lalu.

Lapor Daily Mail, ujian tersebut hanya mengesan jangkitan Covid-19 sebanyak 29 kali atau lapan peratus daripada jumlah sampel.

Saintis menyatakan risiko jangkitan adalah rendah iaitu dianggarkan satu dalam setiap 2,000.

Penyelidik menegaskan titisan yang mengandungi koronavirus disebarkan apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap.

Kajian itu juga menyatakan titisan semburan aerosol merupakan antara ‘jalan utama’ virus tersebut menjangkiti manusia.

Walaupun mempunyai risiko jangkitan yang rendah, pakar perubatan measihatkan supaya masyarakat terus membersihkan tangan dan kurang menyentuh mulut serta wajah.

Kumpulan penyelidik melakukan ujian swab terhadap semua permukaan objek setiap minggu bagi mengenal pasti kekerapan kehadiran virus tersebut.

Terdapat juga sampel yang positif biarpun ketika jumlah jangkitan meningkat secara mendadak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya