Ribuan penyu terdampar di pantai Texas - Utusan Malaysia

Ribuan penyu terdampar di pantai Texas

RIBUAN penyu yang yang diselamatkan selepas terdampar di beberapa pantai di selatan Texas, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN: Ribuan penyu terdampar di pesisir beberapa pantai di Pulau South Padre, selatan Texas susulan musim sejuk melampau yang melanda negeri itu ketika ini.

Lapor Reuters, kumpulan sukarelawan sudah memindahkan kira-kira 4,700 ekor penyu ke pusat pemuliharaan bagi melindungi hidupan laut tersebut sebelum dilepaskan semula ke lautan apabila suhu air kembali normal.

Pengarah Eksekutif Pusat Kajian dan Pemuliharaan Sea Turtle Inc, Wendy Knight berkata, fenomena itu jarang berlaku.

Katanya, dianggarkan hanya 100 hingga 500 penyu akan terdampar di pesisir pantai di selatan Texas setiap kali tiba musim sejuk.

Fenomena itu dipercayai berlaku kerana perubahan suhu air laut secara mendadak susulan musim sejuk yang melanda ketika ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya