Ribuan pelancong tiba di Indonesia positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Ribuan pelancong tiba di Indonesia positif Covid-19

RIBUAN penduduk Indonesia dan warga asing yang tiba dari luar negara disahkan dijangkiti Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak 1,214 warga asing dan penduduk Indonesia yang tiba dari luar negara positif jangkitan Covid-19 biarpun mempunyai surat yang menjelaskan mereka bebas wabak koronavirus.

Lapor CNN Indonesia, Ketua Badan Pencegahan Covid-19 Indonesia, Doni Monardo berkata, bermula 28 Disember 2020 hingga 18 Februari lalu, sebanyak 1,092 penduduk Indonesia dan 122 warga asing dijangkiti Covid-19 ketika tiba di negara ini.

Katanya, keadaan itu membimbangkan pelbagai pihak dan pihak berkuasa giat mengesan bagaimana mereka boleh dijangkiti virus tersebut.

“Timbul persoalan bagaimana mereka boleh dijangkiti sedangkan sudah memperoleh surat yang menyatakan mereka bebas Covid-19.

“Mungkinkah mereka sebenarnya sudah dijangkiti namun tidak dapat dikesan atau berjangkit semasa penerbangan?,” katanya.

Doni memaklumkan warga asing yang positif Covid-19 ketika masuk ke negara ini datang dari 10 negara.

Antaranya termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Malaysia, Qatar, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan.

“Kesemua warga asing yang disahkan positif Covid-19 selepas mereka menjalani ujian saringan.

“Ujian saringan pertama mendapati sebanyak 889 warga asing positif dan ujian sarinagn kedua pula menyaksikan 325 orang positif,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya