Ratusan penduduk sanggup jual tanah beli kereta - Utusan Malaysia

Ratusan penduduk sanggup jual tanah beli kereta

PENDUDUK Kampung Sumurgenang, Mulyadi menayangkan koleksi kereta yang dibelinya selepas menerima duit hasil jualan tanah. -KOMPAS.COM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Sebuah video menjadi tular dalam media sosial selepas penduduk kampung Sumurgenang, Tuban, membeli 176 kereta secara tunai hasil jualan tanah milik mereka.  

Kompas.com melaporkan, seramai 225 keluarga mendapat duit hasil jualan tersebut selepas tanah mereka dibeli oleh syarikat PT Pertamina bagi membangunkan kilang minyak grass root refinary yang bekerjasama dengan syarikat Rusia, Rosneft.      

PT Pertamina membeli tanah penduduk kampung dengan harga antara 600,000 hingga 800,000 rupiah (RM172-RM230) bagi setiap meter. 

Harga yang ditawarkan itu jauh lebih tinggi daripada harga tanah semasa di wilayah tersebut. 

Secara purata, setiap penduduk mendapat 8 bilion rupiah (RM2.3 juta).    

Malah, ada yang menerima 26 bilion rupiah (RM7.4 juta) bagi empat hektar tanah. 

Ketua Kampung Sumurgenang, Gihanto berkata, sebahagian besar penduduk menggunakan wang tersebut bagi membeli kenderaan serta membeli tanah di daerah lain untuk membina rumah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya