Rangka lanun berusia 300 tahun ditemukan - Utusan Malaysia

Rangka lanun berusia 300 tahun ditemukan

TULANG yang dipercayai milik lanun ditemukan di kawasan perairan New England, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Sebahagian daripada rangka tulang lanun yang ditemukan dalam bangkai kapal karam lebih 300 tahun lalu di kawasan pantai di New England, Amerika Syarikat (AS), dipercayai milik ketua lanun terkenal, Kapten Black Sam Bellamy. 

Daily Star melaporkan, rangka itu ditemukan berserta beberapa lagi cebisan tulang lain yang dipercayai milik enam kru kapal Whydah iaitu kumpulan lanun yang disifatkan paling terkenal dalam sejarah.

Difahamkan tulang itu tertanam dalam batu dan konkrit di dasar laut serta dikenal pasti menggunakan pemeriksaan X-ray. 

Malah kapal itu sendiri disahkan sebagai kapal lanun yang ditemukan sejak lebih 35 tahun lalu. 

Menurut laporan, kapal Whydah tenggelam semasa ribut pada 1717 yang menyebabkan 144 kru terkorban dan hanya dua daripada mereka terselamat. 

Pakar Arkeologi Dasar Laut, Barry Clifford yang mengetuai kajian itu berharap dengan bantuan teknologi canggih dapat membantu mengenal pasti identiti lanun tersebut dan keturunan mereka. 

Dua tahun lalu, sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) Black Sam dikesan mempunyai keturunan di England. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya