Rakyat tak yakin PPKM mampu bendung Covid-19 - Utusan Malaysia

Rakyat tak yakin PPKM mampu bendung Covid-19

RAKYAT Indonesia tidak yakin pelaksanaan PPKM mampu mengawal penularan Covid-19. - CNN Indonesia 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Rakyat Indonesia melahirkan kebimbangan mengenai pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) yang dilihat tidak mampu membendung penularan Covid-19. 

Lapor CNN Indonesia, seorang penduduk di Solo, Jawa Tengah, Iwan, 28, berkata, dia risau sekiranya masyarakat tidak peduli dengan undang-undang walaupun banyak larangan dikenakan. 

“Rakyat tidak ambil peduli dan ramai tidak mempercayai virus Covid-19. Larangan lebih ketat sepatutnya dilaksanakan semasa perayaan Hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu lalu, bukannya pada waktu sekarang. 

“Saya kira ia tidak efektif sekarang kerana sepatutnya dilakukan semasa musim cuti panjang, jadi orang ramai tidak akan pergi ke mana-mana,” katanya. 

Kerajaan Indonesia berhasrat melaksanakan PPKM di Jawa dan Bali pada 11 hingga 25 Januari depan dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan wabak Covid-19. 

PPKM berbeza dengan sekatan aktiviti sosial skala besar (PSBB) yang dilaksanakan sebelum ini kerana mengandungi peraturan lebih ketat berhubung aktiviti masyarakat di tempat awam. 

Bagi Pamungkas, 45, yang tinggal di Mampang, selatan Jakarta, dia turut menyatakan polisi PPKM tidak efektif dalam mengurangkan kadar kebolehjangkitan wabak itu. 

Ini kerana katanya, orang ramai sudah penat dengan segala macam bentuk larangan aktiviti dan tidak akan mematuhinya. 

“Masalahnya sekarang orang ramai akan kembali melakukan aktiviti harian semula, ia tidak akan efektif. Malah pelaksanaan PPKM akan menjejaskan ekonomi dan pendapatan orang ramai,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya