WASHINGTON: Laporan risikan Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan kepada awam menjelaskan Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman didapati memberi arahan terhadap kes pembunuhan mengerikan melibatkan wartawan, Jamal Khashoggi.
Pemimpin de facto Arab Saudi itu meluluskan operasi pembunuhan di Istanbul, Turki bagi memberkas atau membunuh wartawan negara itu.
Khashoggi merupakan pengkritik Putera Mohammed yang menulis bagi The Washington Post dan merupakan rakyat AS yang mengunjungi Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018, namun, dibunuh dan mayatnya dikerat ke beberapa bahagian.
Mangsa merupakan wartawan dan penyunting veteran dari Arab Saudi yang berpindah ke AS, menulis artikel yang lantang mengkritik Putera Mahkota apabila dirinya menerima ancaman bunuh pada 2 Oktober 2018.
Wartawan itu diberitahu oleh Duta Arab Saudi di AS supaya mengunjungi Konsulat Saudi di Istanbul sekiranya dia mahu mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan putera itu dengan wanita Turki, Hatice Cengiz.
Namun, lelaki berusia 59 tahun itu dibunuh dan mayatnya dihancurkan oleh pasukan khas yang dihantar dari Riyadh menerusi arahan pemimpin teratas kepada Putera Mohammed, Saud al-Qahtani.
Sebulan selepas pembunuhan itu, Agensi Risikan Pusat AS menyakini Putera Mohammed adalah dalang di sebalik pembunuhan itu, menurut The Washington Post.
Bagaimanapun, disebabkan mahu mengekalkan hubungan kukuh dengan Riyadh, Trump menolak untuk mengheret orang kuat Arab Saudi supaya bertanggungjawab walaupun kerajaan AS pada masa itu menuntut penjenayah dihukum.
Washington diharapkan mengenakan sekatan baharu terhadap rakyat Arab Saudi yang dilihat mempunyai kaitan dengan Putera Raja itu, walaupun bukan secara langsung dengan Putera Mohammed sendiri. -AFP