Punca kematian doktor di Tennessee belum dikenal pasti - Utusan Malaysia

Punca kematian doktor di Tennessee belum dikenal pasti

DR. J.BARTON WILLIAMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENNESSEE: Punca kematian seorang doktor yang didakwa mempunyai kaitan dengan vaksin Covid-19 di sini masih belum dikenal pasti dan hasil siasatan awal mendapati pakar perubatan itu meninggal dunia akibat penyakit berkaitan wabak tersebut.

Lapor Fox8.com, Dr. J. Barton Williams disahkan positif jangkitan Covid-19 sebelum ini, namun dia tidak menyedari akan hal tersebut sebelum mula jatuh sakit beberapa minggu lalu dan dimasukkan ke Hospital Baptist untuk menerima rawatan.

Williams yang merupakan pakar bedah ortopedik meninggal dunia pada 8 Februari lalu akibat sindrom keradangan multisistem (MIS) yang sering berlaku pada kanak-kanak dan menyerang sistem imun badan.

Pakar yang merawat Williams, Dr. Stephen Threlkeld berkata, serangan sistem imun badan berlaku dengan banyak cara dan menyebabkan kegagalan sistem fungsi organ.

“Williams sebelum ini disahkan positif Covid-19 namun dia tidak menyedari akan hal itu dan dia menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua beberapa minggu sebelum kematiannya,” katanya.

Terdahulu, timbul khabar angin menyatakan doktor tersebut meninggal dunia akibat vaksin Covid-19 namun kesahihannya tidak dapat dikenal pasti.

Sehubungan itu, keluarganya membenarkan mana-mana pihak yang pernah merawatnya untuk menjelaskan mengenai keadaan kesihatannya sebelum Willliams meninggal dunia.

“Keluarga Williams sudah memberi kebenaran untuk berkongsi maklumat mengenai kesnya bagi memastikan fakta sebenar dapat didedahkan kepada semua pihak.

“Mereka ingin menyangkal dakwaan kematian Williams dikaitkan dengan varian baharu Covid-19 dan kami tidak pernah menemukan sebarang virus aktif dalam tubuhnya,” ujar Threlkeld.

Selain itu, Threlkeld turut ditanya adakah vaksin tidak dapat melindungi William yang sudah pun terdedah dengan virus Covid-19.

“Ini adalah soalan yang sangat penting. Semuanya masih di peringkat awal. Kami bekerjasama dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk melihat bagaimana vaksin boleh memainkan peranannya dalam semua sudut.

“Kami tidak mempunyai sebarang data yang menunjukkan vaksin mempunyai kesan terhadap mana-mana bahagian,” jelasnya.

Dalam pada itu, pasukan perubatan sifatkan kes Williams sebagai jarang berlaku dan masih menggalakkan orang ramai supaya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Threlkeld, vaksin merupakan alternatif terbaik untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit jarang berlaku dan pencegahan lebih baik daripada merawat.

Beliau juga menegaskan bahawa punca sebenar kematian Williams masih belum dikenal pasti dan proses bedah siasat masih berlangsung.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya