Protes bertukar rusuhan di Bangladesh - Utusan Malaysia

Protes bertukar rusuhan di Bangladesh

ANGGOTA polis bertempur dengan penunjuk perasaan di Dhaka, Bangladesh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Puluhan orang cedera selepas polis Bangladesh melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan yang masuk hari ketiga.

Tunjuk perasaan itu tercetus susulan kematian seorang penulis dan pengkritik kerajaan di dalam sebuah penjara di sini.

Mushtaq Ahmed, 53, meninggal dunia pada Khamis lalu iaitu 10 bulan selepas dia ditahan di bawah undang-undang ‘keselamatan digital’.

Siaran langsung stesen penyiaran tempatan menunjukkan demonstrasi bertukar ganas menyaksikan pasukan keselamatan memukul penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan turut membaling batu dan memukul anggota polis dengan batang buluh sehingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih mata. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya