Polis diugut bunuh lepas tutup kedai kopi - Utusan Malaysia

Polis diugut bunuh lepas tutup kedai kopi

HERI MUHARWANTO ketika menyertai operasi serbuan di premis yang melanggar protokol Covid-19 di Tuban, Jawa Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pemilik kedai kopi mengugut untuk membunuh pegawai Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) hanya kerana kedainya ditutup dan pelangganya diarahkan beredar selepas melanggar protokol Covid-19.

Lapor Tribunnews, individu yang dikenali sebagai Tatak itu juga didakwa cuba menyerang polis dengan keretanya.

Kejadian itu berlaku selepas beberapa pegawai menjalankan operasi untuk menguatkuasakan protokol Covid-19 di wilayah Tuban, Jawa Timur kelmarin.

Ketua Satpol PP wilayah Tuban, Heri Muharwanto berkata, ketika kejadian, anggota Satpol PP dan pemilik warung kopi itu bertikam lidah dan situasi agak tegang.

Bagaimanapun, pegawai berkenaan cuba untuk tidak melayan sebarang provokasi yang dilakukan oleh pemilik kedai berkenaan. 

Jelasnya, pada keesokan harinya, Tatak bersama beberapa beberapa samseng pergi ke rumah seorang daripada pegawai tersebut kerana masih tidak puas hati dengan operasi serbuan itu.

“Ketika tiba di rumah pegawai itu, Tatak dan kumpulan samseng tersebut mengugut untuk membunuhnya,” katanya.

Tambah Heri, pemilik kedai kopi itu sering bergaduh dengan pegawai peguatkuasaan ketika menjalankan operasi serbuan membabitkan protokol kesihatan di premisnya.  .

Dalam pada itu, Heri berkata, kedai kopi itu akan ditutup kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang lengkap.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya