Penggodam cuba racun bekalan air di bandar Florida - Utusan Malaysia

Penggodam cuba racun bekalan air di bandar Florida

PENGGODAM komputer berjaya mengakses sistem bekalan air di bandar Florida dan cuba memasukkan bahan kimia berbahaya. -BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang penggodam komputer berjaya mengakses ke dalam sistem bekalan air di bandar Florida dan cuba memasukkan sejumlah bahan kimia berbahaya, menurut pihak berkuasa.

Lapor BBC, penggodam itu cuba meningkatkan jumlah sodium hidroksida dalam sistem rawatan air Oldsmar, tetapi petugas berjaya mengesan perbuatan itu dan mematahkan tindakan tersebut.

Bahan sodium itu digunakan dalam kuantiti kecil bagi mengawal tahap keasidan, namun, jumlah besar boleh menyebabkan masalah besar kepada air.

Datuk Bandar Oldsmar, Eric Seidel berkata, terdapat ‘pelakon’ jahat di luar sana dan setakat ini masih belum ada tangkapan dilakukan.

Malah pihaknya juga tidak dapat mengenal pasti sama ada pelaku adalah orang luar atau dalam Amerika Syarikat sendiri.

Kawalan komputer sistem rawatan air Oldsmar dikawal secara jauh pada Jumaat lalu.

Operator janakuasa terlihat cubaan mengakses sistem itu pada waktu pagi, namun, menyangkakan ia adalah penyelianya, lapor Tampa Bay Times.

Percubaan lain pula dilakukan pada waktu tengah hari dan kali ini penggodam cuba mengakses perisian rawatan dan menambah kandungan sodium hidroksid.

Operator itu kemudian mengurangkan bahan kimia itu ke paras normal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya