Pengasuh diraja dilarang sebut ‘budak-budak’ - Utusan Malaysia

Pengasuh diraja dilarang sebut ‘budak-budak’

MARIO BORRALLO (baju coklat) bersama Putera William dan isterinya, Kate Middleton serta Putera George selepas upacara pembaptisan Puteri Charlotte di Gereja St. Mary Magdalene di Sandringham, England. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengasuh kepada Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis dilarang sama sekali memanggil anak-anak pasangan diraja Britain itu dengan panggilan ‘budak-budak’.

Lapor The Sun, pengasuh kepada anak Putera William dan Kate Middleton, Mario Borrallo dilatih di Kolej Norland, yang merupakan sebuah institusi penjagaan kanak-kanak berprestij di Bath.

Sebagai sebahagian daripada latihan, Borrallo diarahkan untuk tidak memanggil anak-anak majikannya dengan panggilan ‘budak-budak’.

 Seorang pakar dari Kolej Norland, Louise Heren berkata, para pengasuh yang dilatih di institusi itu seharusnya memanggil anak-anak majikan mereka dengan nama masing-masing.

“Perkataan ‘budak-budak’ dilarang sama sekali digunakan untuk menggelar golongan tersebut.

“Ia bertujuan menghormati anak-anak sebagai individu,” kata Heren yang juga pengarang buku Nanny in a Book.

Kolej Norland yang ditubuhkan pada 1892 telah mendidik lebih 10,000 pengasuh untuk bekerja dengan keluarga berprofil tinggi daripada kerabat diraja Arab Saudi sehingga bintang Hollywood.

Dalam pada itu, Heren memberitahu Fabulous Digital bahawa anak kepada pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu dididik secara ketat di istana.

“Waktu tidur adalah pada pukul 7 malam, menu makanan baharu diperkenalkan selang beberapa hari dan aktiviti bermain juga diadakan diluar.

“Borallo juga harus memastikan anak-anak William tidak menangis dan menjerit, sebaliknya perlu melambai ke arah orang ramai ketika turun dari pesawat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya