BRAZIL: Mempunyai bentuk fizikal atau ‘kurang’ anggota badan berbanding manusia normal lain, bukanlah satu kehinaan untuk kita tidak berjaya seperti orang lain.
Buktinya, seorang remaja dari Minas Gerais, Vitorio Bueno,16, berjaya menyuntik inspirasi di seluruh dunia dengan kehebatan serta kemahiran tarian balet.
Di sebalik kekurangan itu, bakat remaja itu berjaya dikenal pasti oleh pakar fisioterapi sehingga dia menjadi sensasi dalam media sosial apabila mempunyai 150,000 pengikut dalam Instagram kerana kerap memuat naik video bakat yang dimilikinya.
Ibunya, Wanda, 39, pada mulanya berasa risau menghantar anaknya ke kelas tarian balet sejak dia berusia lima tahun kerana anaknya dilahirkan tanpa kedua belah tangan.
“Orang ramai sanggup beratur di luar rumah untuk melihatnya,” katanya.
Penari tetap di akademi balet di kampungnya itu berjaya menjadi bintang media sosial dan inspirasi kepada ramai orang.
“Saya mengikuti dengan mata saya, seolah-olah mereka berada di sana.
“Ada perkara yang saya boleh lakukan dengan kaki saya, dan ada juga saya tidak dapat lakukan dengan tangan,” kata remaja itu. -AGENSI