Pasangan suami isteri paling lama di Britain - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri paling lama di Britain

PASANGAN bahagia Ron Golightly dan Beryl. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang suami isteri digelar sebagai pasangan paling lama hidup bersama di Britain selepas menyambut ulang tahun perkahwinan ke-80, pada 8 Januari lalu. 

Daily Mail melaporkan, pasangan yang dimaksudkan itu ialah Ron Golightly, 100 dan Beryl, 98, yang menetap di Harrogate sejak zaman mereka remaja.  

“Saya berumur 14 tahun dan Ron berusia 16 tahun ketika kami mula jatuh cinta antara satu sama lain.

“Kami berkahwin ketika berusia 18 tahun pada 1941. Kami berbincang tentang masa depan semasa kami berkahwin dan tiada sebarang lamaran romantik dilakukan ketika itu,” kata Beryl.  

Pasangan itu mengikat tali perkahwinan di North Yorkshire pada 1941 dan dikurniakan dua anak perempuan, enam cucu dan 10 cicit.   

Mengimbas kembali memori lalu, Beryl berkata, majlis perkahwinan mereka berlangsung di saat-saat akhir sehingga tiada jurugambar untuk merakam hari bahagia mereka. 

Ron pernah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di kem tentera, manakala, isterinya merupakan bekas pembantu kedai. 

Pasangan itu turut menerima kad ucapan ulang tahun perkahwinan daripada Ratu Britain buat kali keempat selepas menerimanya semasa ulang tahun ke-70,75 dan hari lahir Ron ke-100. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya