Pasangan suami isteri mati terkena renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri mati terkena renjatan elektrik

ANGGOTA Polis Gunungkidul melihat lokasi pasangan suami isteri maut akibat renjatan eletrik. -AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYKARTA: Nasib tragis dialami pasangan suami isteri di Gunungkidul, Yogyakarta apabila terkena renjatan eletrik sehingga menyebabkan kematian, semalam. 

Lapor Kompas.com, mangsa, Sri Andriyani,35, dan Nur Kawan, 40, terkena renjatan tersebut semasa mematri kanopi di rumahnya. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Playen, Iptu Lasiyi berkata, insiden berlaku pada pukul 9.00 waktu tempatan selepas seorang jiran terdengar bunyi jeritan anak mangsa yang terkejut melihat ibu bapanya terkena renjatan eletrik. 

“Jiran yang datang cuba menyelamatkan Sri yang didapati masih hidup ketika itu. Dia lantas menutup arus eletrik daripada meter eletrik tersebut. 

“Namun selepas itu, kedua-dua mangsa disahkan mati dan jiran itu terus membuat laporan polis,” katanya. 

Pihak polis berkata, mangsa disahkan mati disebabkan renjatan tersebut dan tiada sebarang perbuatan jenayah mencurigakan. 

Jelasnya, mangsa meninggalkan empat anak dan jenazah diserahkan kepada pihak keluarga untuk dikebumikan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya