YANGON: Myanmar menyekat semula akses internet di kebanyakan kawasan utama dan menempatkan lebih ramai anggota tentera di seluruh negara hari ini bagi menghalang lebih banyak tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa yang berlaku.
Tindakan itu dilakukan beberapa jam selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan demonstrasi di utara Myanmar.
Situasi terus tegang apabila rakyat meminta tentera negara ini membebaskan pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi dan beberapa pemimpin politik lain yang ditahan sebelum ini.
Kumpulan pemantau, NetBlocks memaklumkan akses internet disekat hampir di seluruh Myanmar.
Terdahulu, anggota tentera melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke udara bagi menyuraikan demonstrasi di bandar Myitkyina. – AFP