Mayat terbiar selama dua bulan - Utusan Malaysia

Mayat terbiar selama dua bulan

PERKHIDMATAN pengebumian terlupa mengambil mayat warga emas yang meninggal dunia di apartmennya sejak dua bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Sebuah perkhidmatan pengebumian di Vienna `terlupa’ untuk mengambil mayat seorang warga emas yang meninggal dunia di apartmennya sejak dua bulan lalu.

Menurut pihak berkuasa majlis perbandaran Vienna, lelaki berusia 66 tahun itu tinggal secara bersendirian dan sudah lama sakit.

Jelas pihak berkuasa, mayat warga emas itu ditemui oleh jirannya pada 11 November tahun lalu.

Jiran itu memberitahu stesen penyiaran awam, ORF bahawa pada mulanya dia sudah memaklumkan kepada polis mengenai kematian warga emas kerana tidak mengenali rakan atau ahli keluarga lelaki tersebut.

Katanya, dia menyangka warga emas itu telah dikebumikan namun terkejut selepas menemui mayatnya masih berada di lokasi sama pada 27 Januari lalu.

Jelas beliau, dia menemui mayat warga emas ketika mengiringi seorang pegawai untuk mencari wasiat warga emas itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya