Makanan lemak tepu kurangkan risiko penyakit pankreas - Utusan Malaysia

Makanan lemak tepu kurangkan risiko penyakit pankreas

MAKANAN lemak tepu seperti kek, daging dan keju boleh mengurangkan risiko penyakit pankreas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ramai antara kita mengelak daripada mengambil makanan berlemak kerana takut boleh menyebabkan kegemukan tetapi sebenarnya lemak mempunyai kebaikannya tersendiri.   

Satu kajian baharu mendapati bahawa makanan yang kaya dengan lemak mampu melindungi individu daripada penyakit tertentu.

Lapor Daily Mail, menurut para penyelidik pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu termasuk kek, daging dan keju boleh mengurangkan risiko penyakit pankreas.

Pasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) mengkaji data melibatkan penduduk dari 11 negara mengenai pengambilan makanan lemak yang berbeza di negara berkenaan dikaitkan dengan keadaan serius apabila keradangan berlaku pada pankreas.  

Lemak tepu didapati dalam mentega, daging berlemak dan keju yang merupakan makanan dimakan oleh masyarakat barat manakala lemak tidak tepu pula kebanyakannya terdapat dalam minyak tumbuhan dan ikan yang membabitkan pemakanan di Asia dan beberapa negara Amerika Selatan.       

Saintis mendapati kadar lemak tidak tepu yang tinggi terkumpul di sekitar bahagian organ abdomen mampu menghasilkan lebih banyak jenis molekul tertentu yang menyebabkan kecederaan sel, keradangan dan kegagalan organ.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menggesa orang ramai untuk menukar diet pemakanan daripada lemak tepu kepada lemak tidak tepu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.  

Namun, kajian ini tidak mempertikaikan nasihat NHS, ia hanya menunjukkan obesiti kadang kala dapat melindungi pesakit ketika menghidap jenis penyakit tertentu.

“Kami mendapati pengambilan makan lemak tidak tepu yang tinggi boleh memburukkan lagi keradangan pankreas berbanding individu yang mengambil lemak tepu lebih tinggi dalam diet pemakanan mereka,” kata penyelidik dalam kertas kerja yang disiarkan di Science Advances.

Pasukan penyelidik menggunakan 20 laporan klinikal dari 11 negara yang mengaitkan keseriusan penyakit pankreas dengan indeks jisim badan (BMI) pada tahap bacaan 30, iaitu diklasifikasikan sebagai obes.   

Mereka juga menggunakan tujuh laporan klinikal yang melibatkan tahap bacaan BMI 25 dan data lemak pemakanan dari Organisasi Makanan dan Pertanian.

Para penyelidik juga menemui wujudnya kaitan antara peratusan pesakit menghidap penyakit pankreas yang teruk dan pengambilan makanan lemak tidak tepu mereka.

Penyelidik juga mendapati bentuk penyakit teruk itu berlaku pada individu yang mempunyai BMI lebih rendah di negara-negara yang mengambil makanan dengan asid lemak tepu rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya