JAKARTA: Sekurang-kurangnya lima orang terkorban akibat banjir besar yang melanda kebanyakan kawasan perumahan di Jakarta hari ini.
Bandar raya ini mula dilanda hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa sungai melimpah dan memaksa ribuan penduduk dipindahkan pusat perlindungan sementara.
Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun ditemukan maut selepas terkurung dalam rumahnya, menurut Ketua Pencegahan Bencana Daerah Jakarta, Sabdo Kurnianto.
Jelasnya, tiga kanak-kanak lelaki turut maut dalam bencana tersebut selepas dihanyutkan banjir, manakala seorang kanak-kanak perempuan terkorban akibat lemas. – AFP