Lima kanak-kanak maut ditembak di Oklahoma - Utusan Malaysia

Lima kanak-kanak maut ditembak di Oklahoma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSKOGEE, Oklahoma: Lima kanak-kanak dan seorang dewasa maut ditembak di sebuah rumah dalam satu insiden, di sini hari ini.

Menurut polis, insiden itu menyaksikan seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana didakwa membunuh.

Namun, polis belum mengenal pasti motif suspek yang dikenali sebagai Jarron Deajon Pridgeon menembak mati Javarion Lee, 24 dan lima kanak-kanak tersebut.

Ibu lima kanak-kanak tersebut, Brittany Anderson turut cedera dalam insiden berkenaan dan dimasukkan ke hospital di Tulsa.

Dalam pada itu, polis mengenal pasti lima kanak-kanak tersebut sebagai Jalaiya Pridgeon, setahun, Jaidus Pridgeon (3), Harmony Anderson (5), Neveah Pridgeon (6) dan Que’dynce Anderson (9). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya