BUFFALO, Minnesota: Seorang lelaki berusia 67 tahun yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kesihatan yang diterimanya sejak beberapa tahun lalu melepaskan tembakan di sebuah klinik di sini.
Menurut polis, kejadian yang berlaku di klinik Allina di sini itu menyaksikan sekurang-kurangnya lima pesakit cedera.
Lapor AP, Suspek, Gregory Paul Ulrich kini ditahan polis bagi membantu siasatan.
Gabenor Minnesota, Tim Walz berkata, turut ditemukan sejumlah bahan letupan yang didakwa akan digunakan dalam serangan tersebut dan menyaksikan unit pemadam bom dikerah ke lokasi kejadian.