Kes Covid-19 seluruh dunia turun 16 peratus - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 seluruh dunia turun 16 peratus

KETUA Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. -AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bilangan kes baharu wabak Covid-19 yang dilaporkan di seluruh dunia menurun sebanyak 16 peratus minggu lalu iaitu bersamaan 2.7 juta. 

WHO menerusi kemas kini epidemiologi memaklumkan, bilangan kes kematian baharu turut menyaksikan penurunan kepada 10 peratus dari minggu ke minggu sebanyak 81,000 kes. 

Lima daripada enam wilayah WHO di dunia melaporkan penurunan peratusan dua digit kes baharu dengan hanya negara Asia Barat berlaku peningkatan sebanyak tujuh peratus. 

Bilangan kes baharu menurun 20 peratus minggu lalu di Afrika dan negara Barat, 18 peratus di Eropah, 16 peratus di Amerika serta 13 peratus di Asia Tenggara. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, bilangan kes baharu menurun separuh bagi minggu kelima berturut-turut berbanding lima juta kes pada 4 Januari lalu. 

“Ini menunjukkan langkah-langkah kesihatan awam yang sederhana berfungsi, termasuk semasa kewujudan varian. Apa yang penting sekarang bagaimana kita bertindak balas terhadap trend ini,” katanya. 

Varian Covid-19 kali pertama dikesan di Britain yang dilaporkan merebak ke 94 negara dalam tempoh seminggu iaitu peningkatan kepada lapan negara.  

Jangkitan varian berbanding kes import dilaporkan di 47 negara. 

Varian pertama dikenal pasti di Afrika Selatan yang direkodkan di 46 negara dengan jangkitan tempatan di 12 negara. 

Varian Brazil dikesan di 21 negara meningkat kepada enam negara dengan jangkitan tempatan berlaku di dua negara. 

 

PLAN PENGHANTARAN COVAX 

Fasiliti COVAX yang merupakan tempat perolehan dan pengedaran vaksin Covid-19 global bertujuan memastikan negara miskin turut menerima suntikan itu dengan penghantaran terakhir bagi pembekalan pertama dijangka minggu depan selepas WHO memberikan kelulusan terhadap vaksin AstraZeneca bagi kegunaan kecemasan. 

Isnin lalu, WHO memberi kebenaran untuk memeterai kelulusan vaksin AstraZeneca-Oxford yang dihasilkan di kilang India dan Korea Selatan sekali gus dihantar menggunakan COVAX yang menyebabkan banyak negara akan menerima suntikan pertama vaksin. 

Senarai pengedaran sementara yang dikeluarkan pada 3 Februari lalu, menyebabkan kegagalan 337.2 juta dos awal, kecuali 1.2 juta dos Pfizer-BioNTech, berasal dari AstraZeneca. Kedua-dua vaksin yang diluluskan oleh WHO memerlukan suntikan dua dos. 

Kira-kira 145 sektor ekonomi yang menyertai COVAX akan menerima dos mencukupi bagi mengimunisasi 3.3 peratus populasi kolektif mereka pada pertengahan 2021.

“Penghantaran untuk pusingan pertama akan dilakukan secara bergilir-gilir dan mengikut tahap,” kata COVAX. -AFP 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya