Katil terbesar dalam pesawat JetBLue  - Utusan Malaysia

Katil terbesar dalam pesawat JetBLue 

KATIL terbesar dalam pesawat JetBlue bakal dilancarkan tidak lama lagi. - JETBLUE AIRWAYS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pesawat A321 neo milik syarikat penerbangan JetBlue bakal melancarkan tempat duduk yang boleh ditukar menjadi katil terbesar dalam beberapa bulan akan datang apabila melakukan penerbangan sulung dari Boston dan New York ke London. 

Lapor CNN, kapal terbang itu melancarkan Mint Studio baharu yang memiliki dua bilik mini di bahagian depan pesawat itu, dengan kerusi yang boleh diubah menjadi katil di belakang pintu peribadi yang turut digabungkan dengan sofa. 

Perkembangan terbaharu bagi penerbangan kelas perniagaan itu bukan semata-mata mengenai revolusi tempat duduknya.  

Ia turut direka dengan penumpang boleh mengecas alat peranti tanpa wayar, ruang yang disediakan supaya penumpang boleh membuat kerja atau menggunakan tablet ketika makan dan penggunaan tilam jenama Tuft&Needle di tempat duduk tersebut. 

Evolusi itu mengambil masa selama berbulan-bulan, dimulakan dengan tempat duduk tiruan dan kabin yang dibuat daripada kayu atau kadbod bagi memaksimumkan jumlah ruang. 

Pereka turut mencuba pelbagai pilihan seperti jahitan dan tanda di tempat duduk yang ditentukan bagi menyesuaikan rekaan khas Tuft&Needle.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya