Kapal angkasa NASA mendarat di Marikh - Utusan Malaysia

Kapal angkasa NASA mendarat di Marikh

GAMBAR pertama planet Marikh dihantar Perseverance ketika mendarat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 WASHINGTON: Selepas tujuh bulan berada di angkasa lepas, kenderaan robotik yang dilancarkan agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Perseverance berjaya mendarat di permukaan planet Marikh semalam.  

Pendaratan itu sekali gus menandakan permulaan bagi kapal angkasa seberat satu tan itu mencari kehidupan mikrob di planet tersebut. 

Perseverance yang bersaiz kenderaan utiliti sukan (SUV) dilengkapi lengan robot sepanjang dua meter, 19 kamera, dua mikrofon dan kelengkapan instrumen canggih untuk membantu mencapai tujuan saintifiknya.

Ketua Operasi Makmal Pelepasan Jet NASA, Swati Mohan mengesahkan pendaratan itu, sekitar pukul 3.55 petang di Pasadena.  

Kapal angkasa yang dipandu secara autonomi selesai 11 minit awal, iaitu tempoh yang diperlukan untuk isyarat radio kembali ke Bumi.

Pentadbir NASA, Thomas Zurbuchen melahirkan kegembiraan terhadap kapal angkasa itu dan memuat naik gambar hitam putih pertama kenderaan itu dari kawah Jezero di hemisfera utara Marikh.  

Selama beberapa tahun, kapal angkasa itu akan berusaha mengumpulkan 30 sampel batu dan tanah dalam tiub tertutup, yang kemudian akan dihantar kembali ke Bumi pada 2030 untuk dianalisis.

Sebelum memulakan operasi pencarian, kenderaan robotik itu melakukan pendaratan berisiko dan hampir menjejaskan 50 peratus misi keseluruhan ke planet itu.  

Perseverance memasuki atmosfera Marikh dengan kelajuan 20,000 kilometer sejam, dilindungi oleh pelindung haba selepas pukul 3.30 petang. 

Kenderaan robotik itu dapat mendarat dengan berhati-hati ke permukaan Marikh dengan satu set kabel selepas melepaskan lapan enjin beg jet untuk mengelakkan ia menjunam lebih jauh. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya