Kaktus keluar bau harum seperti pewangi Rihanna - Utusan Malaysia

Kaktus keluar bau harum seperti pewangi Rihanna

POKOK kaktus moonflower bakal mengeluarkan bunga buat kali pertama di British Garden. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah pokok kaktus jarang ditemukan yang tumbuh di hutan Amazon, bakal mengeluarkan bunga buat kali pertama di British Garden.

Lapor Daily Mail, kaktus ‘moonflower’ yang dikenali sebagai Selenicereus wittii, hanya didapati di lembah Amazon dan tumbuh secara sendiri di sekitar pokok lain.  

Ia juga mempunyai proses berbunga cepat yang mampu bertahan kurang daripada 12 jam dan hanya berlaku dalam tempoh semalaman.

Ahli botani di Universiti Cambridge menemukan putik bunga pada pokok kaktus itu dan memaklumkan ia mungkin mengeluarkan bunga dalam beberapa hari lagi.   

Selepas proses berbunga itu, kaktus itu akan mengeluarkan bau harum yang dikatakan seperti minyak wangi keluaran penyanyi terkenal, Rihanna.    

Pakar percaya aroma itu hanya akan bertahan selama beberapa jam sebelum menjadi tengik ketika bunga layu. 

Jelas pakar itu, orang ramai boleh menyaksikan proses itu menerusi siaran langsung.   

Kaktus moonflower hanya ditemui di atas garis air lembangan Amazon di barat Brazil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya