Kabin kru positif Covid-19, berjangkit dalam pesawat - Utusan Malaysia

Kabin kru positif Covid-19, berjangkit dalam pesawat

PESAWAT Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kru kabin pesawat Singapore Airlines (SIA) yang disahkan positif Covid-19 berkemungkinan mendapat jangkitan dalam pesawat selepas empat penumpang dalam penerbangan sama disahkan menghidap wabak itu, kata Menteri Kesihatan (MOH).

Lapor Channel News Asia, kru kabin wanita berusia 41 tahun itu merupakan antara 11 kes import Covid-19 yang dilaporkan di Singapura semalam.

Kru itu juga didapati positif bagi strain Covid-19 B117 dan masih menunggu ujian pengesahan lanjut.

Malah empat penumpang yang berada dalam penerbangan sama turut disahkan positif strain B117.

“Berdasarkan sejarah perjalanan dan kemungkinan wanita itu mendapat jangkitan dalam pesawat, kita mengenal pasti ia adalah kes import,” kata MOH.

Wanita Singapura itu dikenal pasti sebagai kes ke-60102 yang melakukan penerbangan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 Januari dan kembali semula ke Singapura pada 1 Februari tanpa turun daripada pesawat.

Namun, tiga hari kemudian, dia mula menghidap anosmia atau kurang deria bau dan tidak merujuk kepada pusat perubatan.

Pada 7 Februari, dia disahkan positif Covid-19 sebagai sebahagian keperluan Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil bagi kabin kru menjalani ujian calitan sejurus pulang dari luar negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya