Jokowi arahkan vaksin Merah Putih dipercepatkan - Utusan Malaysia

Jokowi arahkan vaksin Merah Putih dipercepatkan

PETUGAS perubatan bergambar kenangan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Zainoel Abidin, Banda Aceh, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memerintahkan petugas terlibat mempercepatkan penghasilan vaksin Covid-19 buatan negara ini yang dikenali sebagai vaksin Merah Putih. 

Lapor Kompas.com, menurut beliau, pihak kerajaan menjangka penghasilan vaksin tersebut bermula pada penghujung tahun ini. 

“Saya telah memerintahkan supaya mempercepatkan penghasilan vaksin kita sendiri iaitu vaksin Merah Putih, tetapi ia juga memerlukan sedikit masa. Mungkin akhir tahun baru dapat dihasilkan,” katanya. 

Jokowi malah menjelaskan pihak kerajaan berusaha keras mendapatkan vaksin Covid-19, selain perlu bersaing dengan 215 negara di dunia. 

Jelasnya, Indonesia setakat ini hanya menerima vaksin Sinovac dari China dan menjangkakan bekalan dari pengeluar lain.

“Oleh kerana itu, saya berharap vaksin Merah Putih dapat mempercepatkan proses suntikan vaksin mencegah penularan virus itu,” katanya. 

Tambah Jokowi, program vaksinasi bertujuan menjadikan masyarakat lebih kebal supaya pandemik itu dapat ditamatkan segera. 

Katanya, program vaksinasi itu menyasarkan seramai 70 peratus penduduk iaitu bersamaan 182 juta orang. 

“Ini bermakna, setiap individu perlu disuntik sebanyak dua dos vaksin bersamaan 364 juta dos yang diperlukan,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya