‘Jika ada jawapan, sila beritahu kami’ - Utusan Malaysia

‘Jika ada jawapan, sila beritahu kami’

MICHAEL RYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam pihak yang mengkritik misi menyiasat asal usul wabak Covid-19 dan mencabar mereka yang mengaku lebih mengetahui untuk tampil dengan mengemukakan fakta yang berkaitan.

Sebuah pasukan penyiasat WHO kini berada di Wuhan, China sedang berusaha untuk menyimpulkan bagaimana virus daripada haiwan merebak kepada manusia sebelum menular secara meluas sehingga membunuh lebih dua juta rakyat. 

Pengarah Kecemasan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michael Ryan, menyelar pihak yang mengecam misi tersebut dan menegaskan individu yang mendakwa mereka mempunyai maklumat mengenai punca pandemik itu harus tampil ke hadapan. 

Jelas Ryan, banyak pengkritik menyatakan bahawa mereka tidak akan menerima laporan itu ketika dikeluarkan, atau terdapat ‘risikan lain sedia ada yang mungkin menunjukkan penemuan berbeza’ mengenai punca virus itu merebak.

“Jika anda mempunyai jawapan, sila memaklumkan kepada kami,” katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat WHO di Geneva.

Beliau turut menyelar tindakan pengkritik yang mendakwa akan menolak laporan sebelum ia ditulis.

Sementara itu, Ryan memberitahu pasukan di lapangan layak menerima sokongan antarabangsa dan bersama-sama mencari punca sebenar pandemik Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya