NEW YORK: Pengasas Amazon, Jeff Bezos akan berundur dari jawatan ketua eksekutif platform e-dagang tersebut.
Bezos bakal memegang jawatan sebagai pengerusi eksekutif yang disifatkannya boleh ‘memberi beliau lebih banyak masa dan tenaga’ untuk menumpukan perhatian terhadap kepentingannya yang lain.
Tempat Bezos yang merupakan individu terkaya di dunia akan digantikan oleh Andy Jassy yang ketika ini mengetuai perkhidmatan perkomputeran Amazon.
Perubahan jawatan itu dijangka berlaku pada pertengahan kedua 2021.
“Menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Amazon merupakan tanggungjawab yang besar dan bila anda diberi kepercayaan untuk memegang tanggungjawab itu, secara automatiknya akan sukar untuk menumpukan perkara lain,” tulis Bezos dalam surat kepada semua pekerja syarikat tersebut. – AFP