Jangan lindungi aktivis politik - Tentera Myanmar - Utusan Malaysia

Jangan lindungi aktivis politik – Tentera Myanmar

Situasi di Myanmar semakin meruncing apabila rakyat terus menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera negara itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Rejim ketenteraan baharu Myanmar memberi amaran kepada penduduk negara ini supaya tidak melindungi atau menyembunyikan aktivis politik yang dalam pelarian.

Pergolakan politik di Myanmar terus memuncak sejak minggu lalu apabila tentera menahan pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi dan menggulingkan kerajaannya.

Beberapa siri tunjuk perasaan juga berlaku di seluruh negara menyaksikan pasukan tentera mula menahan para doktor dan pihak lain yang menentang peralihan kuasa tersebut.

Polis Myanmar ketika ini memburu tujuh suspek yang didakwa lantang mengajak rakyat turun ke jalanan menolak rampasan kuasa yang berlaku termasuk aktivis demokrasi terkenal di negara ini.

“Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai tujuh orang suspek ini, sila laporkan kepada balai polis berhampiran.

“Sesiapa yang cuba menyembunyikan atau melindungi mereka akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas,” menurut notis yang dikeluarkan kerajaan hari ini.

Antara yang tersenarai sebagai tujuh individu dikehendaki itu termasuk Min Ko Naing yang sebelum ini menghabiskan masa lebih sedekad dalam penjara kerana membantu tunjuk perasaan menentang pemerintahan diktator pada 1988.

Sementara itu, hampir 400 ditahan sejak beberapa hari lalu termasuk pembantu utama Suu Kyi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya