Indonesia tidak mahu terus malu - Jokowi - Utusan Malaysia

Indonesia tidak mahu terus malu – Jokowi

ISU kebakaran hutan dan tanah sering membelenggu Indonesia serta menimbulkan pertikaian dalam kalangan negara jiran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) memberi jaminan bahawa kebakaran hutan dan tanah di negara ini dapat diatasi menjelang musim kemarau yang bakal tiba tidak lama lagi.

Jokowi menegaskan beliau tidak mahu masalah tersebut terus menjadi bahan perdebatan dalam kalangan negara Asean, sekali gus menjatuhkan imej Indonesia.

“Jangan sampai kita malu dalam persidangan Asean nanti kerana masalah kebakaran hutan dan tanah yang belum selesai.

“Dalam tempoh lima tahun ini, masalah itu sudah semakin kurang dibincangkan dalam persidangan Asean dan saya berharap perkara itu akan berterusan,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Jokowi menjelaskan, kes kebakaran hutan dan tanah di negara ini mula mengalami penurunan besar iaitu sebanyak 88.63 peratus berbanding 2015.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar peratusan itu dapat dikekalkan dengan mengutamakan langkah pencegahan dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang mencetuskan kebakaran.

“Berdasarkan data yang diperoleh pada 2020, jumlah kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah mencapai 15.7 hektar berbanding 535.8 hektar pada 2019,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya