Indonesia takut kluster Malaysia - Utusan Malaysia

Indonesia takut kluster Malaysia

SEBAHAGIAN pekerja Indonesia dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing menaiki kapal di pelabuhan Tunon Taka Nunukan. - KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia (BP2MI) Nunukan, Kalimantan Utara meminta pasukan petugas khas Covid-19 mengetatkan kawalan sempadan dengan Malaysia.

Lapor Kompas.com, langkah itu dibuat susulan banyak kes melibatkan pekerja dari negara ini melarikan diri dari Malaysia dengan menggunakan jalan tikus di kawasan sempadan.

Ketua BP2MI Nunukan, Hotma Victor Sihombing berkata, kebanyakan pekerja yang melarikan diri akan menggunakan jalan di wilayah Krayon dan Pulau Sebatik yang menghubungkan kedua-dua negara.

“Kita sudah mengendalikan tiga kes berkaitan pekerja Indonesia lari dari Malaysia. Mereka mengambil kesempatan di sempadan Krayan dan Sebatik untuk ke kampung halaman di Nunukan,” katanya.

Menurut Victor, kes terakhir dikendalikan pihaknya melibatkan 11 pekerja yang berasal dari Bulukumba, Sulawesi Selatan pada hujung Januari lalu.

Katanya, mereka sanggup meredah hutan kelapa sawit dan mencari kenderaan menuju ke Krayan di Nunukan yang merupakan wilayah terdekat dengan Sarawak, Malaysia.

Jelasnya, kebanyakan pekerja memilih laluan haram di kawasan sempadan adalah kerana ingin mengelak membayar kos ujian calitan Covid-19, menjalani kuarantin dan kehilangan kad pengenalan kerana dipegang majikan.

“Sehubungan itu, kita meminta pasukan petugas khas Covid-19 mengetatkan pemeriksaan di kawasan sempadan kerana tidak mahu ada kluster import dari Malaysia,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya