ACEH: Dua kanak-kanak lemas di dalam tangki kumbahan di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu, semalam.
Lapor Tribunnews, mangsa ialah Alfizil Aini, 4, dan adiknya Zikra Hidayatullah, 2, ditemui mati di tempat kejadian kerana lewat mendapat pertolongan.
Ketua Polis Tamiang Hulu, Delyan Putra menjelaskan kejadian berlaku ketika ibu mangsa sedang berkaraoke dengan pembesar suara yang kuat.
Katanya, lubang tangki kumbahan itu berada di belakang rumah mangsa dan sedang dibersihkan.
Ibu mangsa mula tersedar ketika kelibat kedua-dua anaknya tidak kelihatan kerana kebiasaannya mereka sering mundar-mandir di dalam rumah.
Wanita itu terus menjerit ketika melihat anaknya sudah berada di dalam lubang tersebut dengan keadaan tidak bergerak.
Jeritan itu didengari oleh jirannya, Sumarlan yang terus melompat ke dalam lubang itu bagi menyelamatkan mangsa.
Pihak perubatan selepas itu mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.