Gunung Merapi meletus, muntahkan lava - Utusan Malaysia

Gunung Merapi meletus, muntahkan lava

LAVA mengalir keluar dari Gunung Merapi yang dapat dilihat di Kaliurang, Yogyakarta. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) melaporkan Gunung Merapi meletus dan mengeluarkan lava.

Kompas.com melaporkan, menerusi pemantauan semalam, Ketua BPPTKG, Hanik Humaida berkata, lava mengalir sejauh 800 meter ke arah barat daya.

“Didapati empat insiden gelongsoran lava yang meletus di Gunung Merapi,” katanya.

Semasa kejadian, turut berlaku 31 gegaran gempa bumi dalam tempoh 11 ke 109 saat.

BPPTKG meletakkan situasi berjaga-jaga atau tahap tiga kerana keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan letusan lava dan debu panas di arah selatan ke barat daya di Sungai Kuning, Boyong, Bedog, Krasak, Bebeng dan Putih sejauh maksimum lima kilometer.

Malah, letusan gunung berapi boleh berlaku sehingga radius tiga kilometer dari puncak Gunung Merapi.

Penduduk diingatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan berpotensi bahaya dan sentiasa berjaga-jaga semasa hujan di sekitar Gunung Merapi.

Aktiviti perlombongan di kawasan sungai di kawasan bencana turut diarah diberhentikan.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya