Guna periuk nasi nyahkuman pada duit kertas - Utusan Malaysia

Guna periuk nasi nyahkuman pada duit kertas

SEORANG peniaga di Atambua, Nusa Tenggara Timur, Indonesia menggunakan periuk nasi untuk menyahkuman duit kertas bagi mengelak jangkitan Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang peniaga di Atambua, Nusa Tenggara Timur menggunakan periuk nasi elektrik untuk ‘menyahkuman’ pada duit kertas sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Lapor Tribunnews, anak peniaga tersebut, Aldi Natanael Tandjung berkata, kaedah itu sering digunakan oleh ibu dan bapanya setiap kali menerima duit daripada pelanggan.

“Awalnya saya berasa pelik mengapa ibu dan bapa membawa periuk nasi itu ke kedai dan rupanya mereka menggunakan alat memasak tersebut bagi menyahkuman pada duit kertas.

“Mereka percaya dengan cara itu, virus Covid-19 yang mungkin terdapat pada permukaan duit kertas akan mati akibat haba panas,” katanya.

Keluarga Aldi mengusahakan penjualan alat ganti motosikal

Aldi kemudiannya memuat naik gambar periuk nasi tersebut dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi pengguna.

Antaranya mencadangkan supaya Aldi membelikan alat sinar ultra ungu yang kini mudah di dapati dalam pasaran untuk mematikan kuman pada permukaan objek termasuk duit kertas.

Mereka berpendapat penggunaan alat sinar ultra ungu adalah lebih selamat berbanding periuk nasi.

Kebanyakannya melahirkan kebimbangan jika duit itu terbakar dan keluarga tersebut akan mengalami kerugian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya