Giant tutup 2 cawangan di Indonesia - Utusan Malaysia

Giant tutup 2 cawangan di Indonesia

PASAR Raya Giant menutup dua cawangan di Bandar Margo Depok dan Plaza Mayasari, Tasik Malaya, Jawa Barat, berkuatkuasa pada 4 April depan. -CNN Indonesia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasar Raya Giant memutuskan menutup dua cawangannya di Bandar Margo Depok dan Plaza Mayasari, Tasik Malaya, Jawa Barat, berkuatkuasa pada 4 April depan, lapor CNN Indonesia.

Ketua Hubungan Korporat dan Pengguna Pasar Raya Hero, Diky Risbianto berkata, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah namun terpaksa dilakukan selari perubahan permintaan pelanggan serta membina perniagaan lebih kukuh dan stabil pada masa depan.

Jelasnya, persaingan perniagaan makanan di Indonesia semakin mencabar beberapa tahun di samping prestasi perniagaan turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Pelbagai halangan memberi kesan kepada operasi perniagaan termasuk perubahan sikap pengguna dan tuntutan produk. Walaupun kita berharap situasi mencabar ini akan berakhir, bagi memastikan syarikat sentiasa kompetitif kita perlu merangka strategi transformasi perniagaan,” katanya.

Diky malah berkata, pihak syarikat sudah memaklumkan kepada semua pekerja mengenai perubahan pendekatan perniagaan dan bekerja keras bagi memastikan peralihan berjalan lancar sebaik mungkin dengan layanan adil.

“Kita perlu membentuk kembali dan memperkuatkan penawaran kepada pelanggan bagi memastikan kualiti, nilai serta produktiviti perniagaan kami untuk manfaat pelanggan serta keselamatan pekerja,” jelasnya.

Menurut Diky, pihak syarikat bertindak mengikut undang-undang dan memastikan pekerja yang terkesan di kedua-dua rangkaian perniagaan menerima hak mereka berdasarkan Undang-Undang Nombor 13 2003 tentang tenaga kerja.

“Pekerja terjejas boleh memohon jawatan dalam perniagaan syarikat yang lain dan kita akan memberikan peluang pada masa hadapan sekiranya terdapat keperluan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya