Garaj meletup, wanita warga emas terkorban - Utusan Malaysia

Garaj meletup, wanita warga emas terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BORDEAUX: Seorang wanita warga emas berusia 88 tahun terbunuh dalam insiden letupan garaj di sini semalam.

Menurut bomba, siasatan awal mendaoatu kebocoran gas menjadi punca kepada letupan tersebut yang turut merosakkan dua bangunan lain.

Wanita tersebut sebelum ini disenarai sebagai individu hilang selepas letupan itu berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan di daerah Chartrons.

Bomba menemukan mayat wanita itu dibawah sisa runtuhan pada pukul 4 petang.

Sementara itu, pasangannya yang merupakan seorang lelaki berusia 89 tahun cedera parah dan dinawa ke hospital untuk rawatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya