Jangan halang penghantaran vaksin  - Utusan Malaysia

Jangan halang penghantaran vaksin 

RODRIGO DUTERTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte merayu kepada puak komunis supaya tidak mengganggu proses pengangkutan dan penghantaran program vaksinasi Covid-19 terutamanya di kawasan pedalaman. 

Lapor Arab News, rayuan itu disuarakan kepada Parti Komunis Filipina (CPP), Tentera Rakyat Baharu (NPA) dan kumpulan askar lain bagi memastikan penghantaran vaksin adalah selamat di seluruh negara. 

“Saya merayu kepada Parti Komunis di Filipina. Pihak CPP mesti memastikan vaksin yang dihantar ke kawasan yang tidak mempunyai pegawai kesihatan atau petugas perubatan adalah selamat dan bebas. 

Duterte menggesa puak pemberontak supaya melihat prinsip kemanusiaan kerana vaksin itu adalah bagi kegunaan rakyat Filipina. 

Sebelum ini, NPA memintas penghantaran bantuan kerajaan yang dihantar kepada penduduk kampung dan Duterte menyifatkan tindakan itu sebagai menjijikkan. 

Dalam ucapannya sebelum ini, beliau memberikan jaminan vaksin Covid-19 akan disediakan untuk semua orang di negara ini termasuk puak pemberontak.  

CPP menerusi respon balas ucapan presiden berkata, anggota pasukannya tidak akan menghalang proses penghantaran vaksin dan memastikan ia selamat. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya