Dipenjara paksa teman wanita pakai baju lelaki - Utusan Malaysia

Dipenjara paksa teman wanita pakai baju lelaki

DANIEL BISHOPP dipenjarakan selama 16 bulan dan dikenakan perintah larangan berjumpa dengan teman wanitanya untuk lima tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki dihukum penjara selepas memaksa teman wanitanya memakai baju lelaki dan melarang wanita itu mengenakan sebarang solekan sepanjang 10 tahun mereka menjalin hubungan.

Lapor Metro, Daniel Bishopp, 24, didakwa melakukan penderaan domestik terhadap kekasihanya.

Pasangan itu bertemu ketika zaman remaja dan Bishopp dikatakan sering berkelakuan ganas dengan memukul teman wanitanya apabila marah.   

Lelaki itu juga didakwa mengawal pergerakan pasangannya dan menetapkan beberapa peraturan seperti bagaimana harus berpakaian dan dengan siapa boleh bercakap kerana paranoid teman wanitanya akan meninggalkannya.

Insiden terakhir berlaku pada Oktober tahun lalu apabila Bishopp yang juga mempunyai masalah penyalahgunaan dadah, menyerang dengan mencekik leher teman wanitanya sehingga wanita itu hampir tidak dapat bernafas.   

Dalam pada itu, pendakwa raya Katy Rafter berkata, mangsa memaklumkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan yang mendadak akibat tingkah laku teman lelakinya.  

Katanya, mangsa juga berasa terlalu lemah sehingga tidak dapat memperincikan kejadian yang berlaku pada dirinya selepas defenden ditahan.

Bishopp dikenakan hukuman penjara selama 16 bulan dan dilarang berjumpa dengan teman wanitanya untuk lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya