Dihalau keluar sebab tak pakai tali leher - Utusan Malaysia

Dihalau keluar sebab tak pakai tali leher

RAWIRI WAITITI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Pemimpin Maori di New Zealand dihalau keluar dari Parlimen minggu ini disebabkan tidak memakai tali leher. 

Lapor Reuters, Rawiri Waititi berkata, arahan itu hanya memaksa dirinya mengikut peraturan pemakaian Barat sekali gus melanggar hak dirinya dan cubaan menindas budaya Orang Asli. 

Speaker Parlimen, Trevor Mallard sebanyak dua kali menghalang dirinya daripada mengajukan soalan semasa sesi perdebatan dan hanya memberi kebenaran itu sekiranya dia memakai tali leher. 

Mallard mengarahkan Waititi meninggalkan dewan selepas itu kerana dia memakai taonga iaitu loket batu berwarna hijau mewakili identiti masyarakat Maori.   

“Ini bukan disebabkan tali leher tetapi ini adalah identiti kebudayaan,” kata Waititi. 

Parlimen New Zealand paling inklusif di negara itu kerana hampir separuh daripada 120 kerusi di Parlimen didominasi oleh golongan wanita.  

Sebanyak 11 peratus diwakili oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) manakala, 21 peratus diwakili oleh perwakilan Maori. 

Parlimen itu menyaksikan wakil rakyat pertama Afrika dan Sri Lanka selepas pilihan raya Oktober lalu. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya