Datuk dayung solo rentas Atlantik - Utusan Malaysia

Datuk dayung solo rentas Atlantik

FRANK ROTHWELL menjalani latihan lebih 18 bulan bagi misi mendayung merentasi Lautan Atlantik tanpa sebarang bantuan. - ALZHEIMERS RESEARCH UK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang warga emas berusia 70 tahun dari Britain menjadi individu paling tua yang mendayung sejauh 4,828 kilometer merentasi Lautan Atlantik secara solo tanpa sebarang bantuan.

Menerusi misi tersebut, Frank Rothwell dari Oldham berjaya mengumpul lebih 640,000 pound (RM3.57 juta) untuk menjalankan penyelidikan mengenai penyakit demensia.      

Lapor The Guardian, Rothwell berlepas dari La Gomera, Kepulauan Canary pada 12 Disember tahun lalu dan sampai di garisan penamat di Antigua, Caribbean pada Sabtu lalu. 

Rothwell menyifatkan kejayaannya melintas garisan penamat itu sebagai detik penuh bermakna selepas berjaya mengumpul sumbangan berkenaan untuk badan amal Alzheimer’s Research di United Kingdom (UK) sebagai memperingati abang iparnya, Roger yang meninggal dunia akibat penyakit itu.

“Saya berasa emosi ketika menghampiri garisan penamat tersebut. Meskipun ia mengambil masa selama enam minggu untuk mendayung di Lautan Atlantik namun cabaran sebenar adalah pada persiapan dan latihan yang dijalani lebih 18 bulan.

“Jadi, saya amat berbangga dengan pencapaian ini malah ia merupakan perjalanan yang cukup menakjubkan,” katanya.      

Jelas laporan itu, Yayasan Amal Makanan Iceland berjanji untuk menggandakan sumbangan dana pertama sebanyak 500,000 pound (RM2.79 juta). 

Dalam pada itu, Rothwell berkata, ketika melakukan misi tersebut, dia menerima banyak mesej semangat dan menyayat hati daripada orang ramai yang melalui pengalaman serupa dengannya.  

Sementara itu, Ketua Eksekutif Alzheimer’s Research UK, Hilary Evans berkata, pihaknya berasa amat terharu dengan kesungguhan Rothwell untuk mengumpul sumbangan sebanyak satu juta pound (RM5.58 juta) bagi penyelidikan demensia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya