Covid-19: Dua tahun kehidupan tidak normal - Utusan Malaysia

Covid-19: Dua tahun kehidupan tidak normal

PANDEMIK Covid-19 tidak akan berakhir sehingga seluruh populasi di dunia mendapat perlindungan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kehidupan di seluruh dunia dijangka tidak kembali normal selama dua hingga tiga tahun berdasarkan kadar pengedaran vaksin Covid-19, lapor pakar kesihatan kepada Sky News. 

Lapor Arab News, Pembantu Profesor bagi Polisi Kesihatan Global di London School of Economics berkata, pandemik tidak akan berakhir sehingga seluruh populasi di dunia mendapat perlindungan. 

“Dalam masa sekarang, data menunjukkan pada 2023 atau 2024 sebelum vaksin global diedarkan kepada semua orang. Ia sangat lama. 

“Pandemik ini tidak akan berhenti sehingga ia berakhir di peringkat global. Kita masih tinggal dengan segala bentuk larangan seperti larangan merentas perjalanan, sempadan dan melancong. Jadi sangat penting memastikan semua orang di dunia sekurang-kurangnya mendapat minimum vaksin,” katanya. 

Komentar itu susulan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggesa United Kingdom (UK) menghentikan kempen vaksinasi sehingga kumpulan yang terdedah menerima suntikan bagi memastikan edaran adil di seluruh dunia. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom menegaskan keperluan bagi pengedaran vaksin yang adil serta melarang mentaliti ‘Aku dahulu’ yang menyebabkan pandemik berlanjutan dan manusia merana. 

“Sekiranya kita mahu mengembalikan sistem perdagangan dan pelancongan global, kita perlu memastikan kumpulan yang terdedah di peringkat global menerima vaksin.

“Dari sudut pandang ekonomi, supaya tiada lagi kawalan sempadan dan kembali semula kehidupan normal, kita perlu memastikan semua penduduk di seluruh dunia menerima vaksin supaya tiada varian baharu muncul,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya