Covid-19: Britain beri amaran hukuman penjara - Utusan Malaysia

Covid-19: Britain beri amaran hukuman penjara

WARGA Britain dan Ireland yang tiba di England dan berada di negara berisiko tinggi dalam tempoh 10 hari terakhir perlu membayar kos minimum kuarantin 10 hari di hotel ditetapkan sebanyak RM9,773. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain meminta pelawat yang tiba dari negara yang mempunyai kes lonjakan Covid-19 supaya membayar tempoh kuarantin selama 10 hari di hotel dan individu yang melanggar perintah itu akan dikenakan hukuman berat atau dipenjarakan bermula minggu depan.

Lapor Reuters, peraturan lawatan baharu itu melarang rakyatnya melakukan perjalanan ke luar negara semasa musim cuti.

Pihak kerajaan berkata, undang-undang lebih ketat diperlukan bagi mencegah varian baharu daripada menggagalkan program vaksinasi pantas Britain.

Syarikat penerbangan dan pelancongan merayu lebih banyak bantuan daripada kerajaan dan menyifatkan undang-undang baharu akan menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock berkata, individu boleh dihumban ke penjara dan didenda 10,000 pound (RM55,847) sekiranya mereka melanggar undang-undang yang akan berkuatkuasa pada 15 Februari depan.

“Sesiapa yang menipu dalam borang pengesanan penumpang dan cuba menyembunyikan mereka berada dalam negara senarai merah semasa 10 hari sebelum ketibaan akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun,” katanya.

Warga Britain dan Ireland yang tiba di England dan berada di negara berisiko tinggi dalam tempoh 10 hari terakhir perlu membayar 1,750 pound (RM9,773) iaitu kos minimum kuarantin 10 hari di hotel ditetapkan.

Semua ketibaan di United Kingdom juga perlu mengambil ujian Covid-19 pada hari kedua dan kelapan kuarantin selain ujian praketibaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya