Cinta terhalang, adik bakar rumah abang - Utusan Malaysia

Cinta terhalang, adik bakar rumah abang

SUSPEK (tengah) membakar rumah abangnya kerana mendakwa lelaki itu tidak merestui hubungan cintanya dengan seorang wanita di Surabaya, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara hubungan cinta dengan kekasih tidak mendapat restu keluarga, seorang lelaki nekad membakar rumah abangnya di Surabaya, Jawa Timur.

Menurut jurucakap polis Rangkut Menanggail, Joko Soesanto, suspek berusia 37 tahun itu tinggal bersebelahan rumah abangnya dan ini bukan kali pertama dia merosakkan kediaman tersebut.

“Suspek mula merosakkan rumah abangnya sebagai tanda protes kerana hubungan cintanya tidak mendapat restu sejak November 2020.

“Antara kerosakan yang dilakukannya termasuk memecahkan tingkap serta merosakkan pagar dan kemarahannya memuncak kelmarin sehingga sanggup membakar rumah abangnya,” kata Joko kepada Tribunnews.

Joko memberitahu, abang suspek kemudiannya membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan.

Jelasnya, abang suspek memaklumkan dia tidak pernah mencampuri urusan peribadi adiknya dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya