Cincin emas berusia 400 tahun bakal dilelong RM170,624 - Utusan Malaysia

Cincin emas berusia 400 tahun bakal dilelong RM170,624

CINCIN emas berusia 400 tahun yang ditemukan di daerah Peak akan dijual dalam satu jualan lelong minggu ini. - HANSONS AUCTIONEERS/ SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebentuk cincin emas berusia 400 tahun dan masih dalam keadaan baik yang ditemukan menerusi alat pengesan logam di daerah Peak boleh dijual pada harga puluhan ribu pound dalam jualan lelong.

Memetik laporan Daily Mail, cincin emas dengan karat tinggi itu mengandungi batu permata Chalcedony berwarna biru yang mempunyai ukiran inisial `GL’ dan gambar tiga lilin, dipercayai berasal antara tahun 1600 dan 1650.  

Biasanya, cincin yang diukir dengan inisial atau lambang keluarga digunakan sebagai alat mudah alih untuk mencop lilin panas untuk menutup sampul surat atau menandatangani dokumen.   

Cincin itu ditemukan oleh seorang penjual ikan yang berusia 64 tahun dari North Derbyshire di perkarangan Castern Hall, sebuah kediaman besar kelas II yang disenaraikan, berhampiran Ilam di Manifold Valley, Staffordshire.  

Para pakar percaya inisial pada cincin emas itu merujuk kepada bekas pemilik Geoffrey Lowe, keturunan keluarga Hurt abad ke-17 yang kini menduduki Castern Hall.  

Barang kemas itu akan dijual oleh Hansons Auctioneers dalam acara Historica Auction yang akan berlangsung Khamis hingga Jumaat ini.

Cincin emas itu dijangka dijual antara 25,000 pound (RM142,186) dan 30,000 pound (RM170,624) dengan harga permulaan sebanyak 15,000 pound (RM85,312). 

“Kami percaya cincin itu mungkin ditanam dengan sengaja kerana ia dijumpai tersembunyi di bawah batu besar, menjadikannya harta karun dan bukannya tercicir daripada jari seseorang,” kata penilai di Hansons Auctioneers, Adam Staples.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya