Cabut seluar dalam jadi pelitup muka  - Utusan Malaysia

Cabut seluar dalam jadi pelitup muka 

SEORANG wanita sanggup menanggalkan seluar dalamnya untuk dijadikan pelitup muka selepas ditegur oleh pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Afrika Selatan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AFRIKA SELATAN: Seorang wanita sanggup menanggalkan seluar dalamnya dan menjadikannya sebagai pelitup muka di pasar raya Pick n Pay. 

Lapor Daily Mail, dia tergamak berbuat demikian selepas ditegur oleh seorang pengawal keselamatan yang akan menghalaunya keluar dari pasar raya itu akibat kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

Menerusi klip video yang dirakam pengguna lain, wanita itu dilihat sedang beratur untuk membuat pembayaran sebelum dia bertikam lidah dengan pengawal wanita tersebut. 

“Saya rasa ia boleh diterima, ini adalah pelitup muka,” katanya. 

Aksi wanita itu menerima kecaman orang ramai kerana dia gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam. 

Seorang pengguna berkata, lebih baik wanita itu kekal berada di rumah dan melakukan beli belah dalam talian sekiranya enggan memakai pelitup muka. 

Komen lain pula mempersoalkan wanita itu sendiri sudah mengetahui peraturan yang diamalkan di seluruh dunia. 

“Kita sedang menghidapi virus yang berbahaya dan dia boleh berfikir seluar dalamnya itu akan menyelamatkan dirinya. Tolonglah jadi cerdik. Apa yang keluarga anda fikirkan?” soalnya. 

Disember lalu, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menegaskan individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam merupakan kesalahan jenayah. 

“Mereka boleh ditangkap dan didakwa. Malah, boleh didenda atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya