Bidang jururawat jadi pilihan di UK  - Utusan Malaysia

Bidang jururawat jadi pilihan di UK 

Ramai jururawat didakwa berhijrah cari kerja di negara lain. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bidang kejururawatan menjadi pilihan dalam kalangan pelajar apabila menerima sebanyak 60,000 permohonan kemasukan tahun lalu. 

Lapor Daily Mail, permohonan itu mendapat sambutan menggalakkan kerana ramai pelajar meyakini karier itu lebih terjamin selepas pandemik Covid-19 melanda termasuk bidang perubatan, kejuruteraan dan seni bina. 

Menurut Perkhidmatan Kemasukan Universiti dan Kolej (UCAS), pendaftaran bidang kejururawatan meningkat 32 peratus tahun ini dengan jumlah keseluruhan permohonan adalah sebanyak 60,130 pemohon. 

Permohonan bagi pengajian perubatan dan pergigian meningkat kepada 103,910 berbanding 124,160, manakala, bagi kejuruteraan daripada 148,450 kepada 154,970. 

Malah, bilangan permohonan bidang pendidikan dan seni bina turut menyaksikan peningkatan. 

Rekod turut menunjukkan ribuan pelajar tidak lagi memilih subjek seperti bahasa, sejarah, falsafah dan klasik sekali gus menunjukkan mereka mencari bidang yang menjamin peluang kerjaya pada masa depan. 

Situasi itu dapat dilihat selepas hampir setahun negara diserang pandemik yang menyebabkan krisis ekonomi dengan hampir dua juta orang tidak bekerja bagi enam bulan selepas kehilangan pekerjaan. 

Pengarah Institut Polisi Pendidikan Tinggi, Nick Hillman berkata, trend itu akan bertahan sementara dan situasi semasa menyebabkan orang ramai memilih pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. 

“Teknologi mungkin menghapuskan pekerjaan lain, seperti pengurusan di peringkat pertengahan. Namun, kerjaya seperti jururawat akan lebih cenderung diminati ramai, katanya kepada Times.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya